Saturday 29 March 2014

DOA Untuk Kekasih

Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah… Seandainya telah Engkau catatkan, Dia milikku tercipta buatku, Satukanlah hatinya dengan hatiku, Titipkanlah kebahagiaan antara kami, Agar kemesraan itu abadi … Ya Allah… Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi, Seiringkanlah kami melayari hidup ini, Ketepian yang sejahtera dan abadi, Maka jodohkanlah kami… Tetapi Ya Allah… Seandainya telah Engkau takdirkan, Dia bukan milikku, Bawalah dia jauh dari pandanganku, Luputkanlah dia dari ingatanku, Dan peliharalah aku dari kekecewaan… Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti… Berikanlah aku kekuatan, Menolak bayangannya jauh ke dada langit, Hilang bersama senja yang merah, Agar ku sentiasa tenang, Walaupun tanpa bersama dengannya… Ya Allah… Pasrahkanlah aku dengan takdirMu, Sesungguhnya apa yang telah Engkau Takdirkan, Adalah yang terbaik untukku, Sesungguhnya Engaku Maha Mengetahui, Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini… Ya Allah… Cukupkanlah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku, Di dunia dan di akhirat, Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini, Janganlah Engaku biarkan aku bersendirian, Di dunia ini mahupun di akhirat, Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran, Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup, Ke jalan yang Engkau redhai, Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah… Ya Allah… Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat, Dan peliharalah kami dari azab api neraka, AMIN… AMIN… AMIN… YaRabbal’aalamiin…

Doa-doa Harian

1) Doa Supaya dianugerahkan Kelebihan رَبِّ اغْفِرْ لِي وَهَبْ لِي مُلْكًا لَا يَنْبَغِي لِأَحَدٍ مِنْ بَعْدِي إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ Maksudnya : " Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya " (Saad : 35) 2) Doa diletakkan Bersama Orang Benar رَبَّنَا ءَامَنَّا بِمَا أَنْزَلْتَ وَاتَّبَعْنَا الرَّسُولَ فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan, dan kami mengikut RasulMu; oleh itu suratkanlah kami beserta orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui keesaanMu dan kebenaran RasulMu)" (A-li 'Imran : 53 3) Doa ketika susah hati DOA 1 رَبَّنَا إِنَّنَا ءَامَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka" (A-li 'Imran : 16) 4) DOA pembuka pintu dua belas 5) DOA supaya mendapat rahmat رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya" (A-li 'Imran : 8) 6) Doa dimudahkan urusan رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلاَنَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir" 7) Doa keluarga bahagia رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa" (Al-Furqaan : 74) 8) DOA DIBERI KESABARAN رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir" 9) Doa Buat Orang Yang Disayangi yang akan bermusafir , agar selamat daripada ujian فِيْ حِفْظِ اللهِ ، وَفِيْ كَنَفِهِ ، وَزَوَّدَكَ اللهُ التَّقْوَى ، وَغَفَرَ ذَنْبَكَ ، وَوَجَّهَكَ فِيْ الْخَيْرِ حَيْثُ تَوَجَّهْتَ Maksudnya : “Dalam penjagaan Allah, dan perhatianNya, muga Allah memberikan kepadamu ketaqwaan dan diampuni dosa-dosamu , dan muga Allah menunjukkan kepadamu arah kebaikan dimana sahaja engkau berada. 10) Doa selamat ringkas رَبَّنَا أَتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي اْلأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ Doa Selamat RABBANAA AATINAA FIDDUNNYAA HASANAH, WA FIL AAKHIRATI HASANAH, WAQINAA ‘ADZAA BAN NAAR Artinya : Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan hidup di dunia dan kebaikan hidup di akhirat, dan jagalah kami dari siksa api neraka. Posted 27th April 2012 by AlhafizNet

Tuesday 25 March 2014

Majlis Konvokesyen

Assalamualaikum..shat ker suma? Heee Alhamdulillah,ahad lepas baru jer selesai majlis konvokesyen aku. Selama 2 tahun setengah bertungkus lumus nk dapatkan Diploma Pengurusan Hotel Dan Katering. Akhirnya aku berjaya. Hah,tgk 2tahun belajar utk dptkan sehelai kertas ni jer Tp ni semua tak penting..yg paling penting ilmu yg dpat n d pelajari disana. Kena praktik ape yg dpelajari. Alhamdulillah..sy Cuba guna ilmu itu sebaik mungkin. Berkat DOA n dorongan mak ayah,sy smpai ke thap ni. Terima kasih semua yg bnyak bg sokongan Dr mula belajar smpai habits study. Thx a lot. Buat yg jauh d mata dkat d hati tu,terima kasih awk sudi datang ke majlis konvo sy.thx support sy. OK la..de idea sy tulis entry ag.As Salam SS

Rindukanlah

Ku Benar-Benar Sayang Pada Dirimu Oh Kasihku Janganlah Engkau Ragu Pada Diriku Dan Ku Berkelana Mencari Harapan Yang Kita Impikan.. Dari Terbitnya Sang Suria... Hingga Tenggelam.. Dan Ku Ingin Cinta Sejatimu Dan Ku Ingin Harapan Hatimu Oh Janganlah Engkau Bersedih Oh Ikhlas-Ikhlaskanlah.. Hatimu Rindu-rindukanlah Diriku Sepanjang Hari-Harimu Sayangku Ku Adalah Milikmu Sayangku Adalah Milikmu Yang Kau Rindu.. Doa-doakanlah Diriku Di Dalam Hatimu Di Dalam Nafasmu Sepanjang Hari-harimu..