Monday, 29 July 2013

Do’a di malam Lailatul Qadar

Dari Ummul Mu’minin Aisyah r.ha, beliau berkata:
Aku bertanya, wahai Rasulullah jika aku telah mengetahui kapan
malam lailatul qadar itu, maka apa yang aku katakan pada malam
tersebut?

Beliau shalallahu "alaihi wasalam menjawab:
Katakanlah: Allâhumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu annî.
(Yâ Allâh sesungguhnya Engkau Maha Pema’af yang menyukai permohonan ma’af, maka
ma’afkanlah aku).
(HR. Imam At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan yang lainnya)

Semoga Allah memberi kemampuan bagi kita dan menyampaikan kita pada ampunan dan rahmat Nya

Aamiin ya Robbal alamin..


MALAM LAILATUL QADAR

Nabi shallallâhu ’alaihi wa sallam pernah mengabarkan tentang waktu datangnya malam Lailatul Qadar.

Rasulullâh shallallâhu ’alaihi wa sallam bersabda:
“Carilah malam Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari 4/225 dan Muslim 1169)

Beliau shallallâhu’alaihi wa sallam juga bersabda:
“Berusahalah untuk mencarinya pada sepuluh hari terakhir, apabila kalian lemah atau kurang
kuat/sehat, maka jangan sampai engkau lengah pada tujuh hari terakhir.” (HR. Bukhari dan Muslim)

SS

Sunday, 28 July 2013

:)

Jika perlu MARAH, marahlah...tetapi usah terlupa
dengan perkataan SABAR.
Jika perlu MENANGIS, menangislah... tetapi usah
terlupa dengan perkataan TENANG.
Jika perlu PATUH, patuhlah... tetapi jangan
sampai hilang KEMERDEKAAN.
Jika mahu MISKIN, miskinlah... tetapi jangan
terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR.
Jika mahu KAYA, kayalah... tetapi jangan terlalu
kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH.
Jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah
sebanyak-banyaknya tetapi jangan terlupa
keperluan DUNIA.
Kalau mahu sebuah KERETA MEWAH, belilah...
selagi mampu dan menepati keperluan SEMASA .
Kalau mahu DUA BUAH RUMAH, belilah... asalkan
jangan sampai tak tahu perkataan PUAS .
Kalau mahu MENIMBUN HARTA, bekerja-
keraslah... asalkan jangan sampai terlupa
BERIBADAH .
Kalau mahu BERHIBUR, berhiburlah... asal tidak
SAKAN dan MENYALAHI SYARIAT .
Kalau mahu memPERKATAKAN HAL ORANG,
berkatalah… asalkan jangan sampai
MENGUMPAT .
Kalau mahu CEMBURU dengan kejayaan orang,
cemburulah... asalkan anda pun BERUSAHA KUAT
sepertinya .

Tuesday, 23 July 2013

ujian di bulan Ramadhan.

Assalamualaikum..alhamdulillah,ari ni dah masuk
15 Ramadhan..dear,plzz slow down. Ramadhan is going so
Faster. :( Cepat sangat masa berlalu.. aku pon sibuk dengan klas
Sekarang. Banyak kerja kena buat sebelum cuti raya ni..
Sambil tu jugak,aku x terlepas dengan ujian yang Allah bagi.
First of all,kena sabar banyak-banyak sebab bulan ramadhan ni
Mungkin Allah nak tunjuk yang si dia bukan untuk aku.
Berkat bulan yang baik ni Allah nak tunjuk siapa dia yang sebenarnya.
Kadang-kadang ikot gerak hati ni lagi bagus. aku terima ujian ini dengan tabah walaupon aku selalu ditipu dengan insan yang brnama
'Lelaki'. Allahuakhbar!

Lelaki  di luar sana,tolong jaga status anda. Yang dah berumah tangga tu,tolong ingat isteri n anak-anak dirumah.. jangan seronok kesana sini dengan orang lain.. tolong la rasa tanggungjawab sikit.
I know,that u still young. but no reason u kena keluar ngn girl lain.
Aku rasa ditipu.. sian wife n anak-anak dirumah.. Ya Allah, dah 3x ujian yang sama terjadi kat ku. kalau aku tahu status dia,aku  kan hg out, n kesana sini ngn dia. aku tak mau bila ade orang akan cakap yang k ni perampas n merosakkan rumah tangga orang.
Aku tak dsperate lagi.. 'Semakin kita dekat denganNya,semakin kuat ujian yang diberi'.
Sabar separuh daripada iman..keep smiling kyra.

SS

Kita - Fourteen

Kau renunglah wajahmu
Dimanakah hilangnya raut seperti dulu bila dicemar air mata
Ku tak mahu berpisah kerana hati masih sayang pada dirimu
Tapi harapan makin kabur

Korus
Manakah kita jika kau dan aku tidak sekata
Sepi walaupun bila bersama
Dekatkan pun tetapi berjauh hati

Manakah kita bila sering bertentangan
sahaja walaupun bibir cuba menyepi
Hakikat percaya tanya dengan jujur
Manakah kita

Dijiwaku sengsara menanggung derita
kerana cinta berubah tapi tak akan kehilanganmu

Saturday, 20 July 2013

Cerita huruf 'P'

Paklong Punya Pasal, Pagi-Pagi Pakngah Pergi
Pasar. Paklong Pesan Pulut Panggang. Parking
Pulak Punyalah Payah. Pakngah Pun Pelik,
Pasal Pulak Pagi-Pagi Payah Parking. Pakngah
Pun Pusing-Pusing Perhati Parking. Pusing
Punya Pusing, Pakngah Pun Pening. Penyudahnya Pakngah Parking Pinggir Parit.

Pening-Pening Pun Perut Pakngah Perlu Penuh.
Pakngah Pun Pergilah Pekena Pasembor.
Pasembor Pulak Punyalah Pedas. Pergh !
Pedas-Pedas Pun Pakngh Pulun. Pakngah Pulun
Pelan-Pelan Pasal Pedas. Pastu Pakngah Pun
Pulang.

Pakngah Pulang Punyalah Panas. Pakngah Pun
Pasang Penyejuk. Pasang Penyejuk Pun Panas.
Pakngah Pun Pelik Pasal Pulak Panas. Pakngah
Pun Periksa Penyejuk. Patutlah Panas,
Penyejuknya Palsu. Pakngah Pun Pergi
Pulangkan Penyejuk Pada Peniaga. Pokemon Punya Peniaga!

Pikir Punya Pikir Pakngah Putuskan Pelihara
Puyuh. Pakngah Perlukan Peruntukan.
Permohonan Peruntukan Pulak Punyalah
Panjang Prosesnya. Prosedurnya Pun Payah.
Pagi Petang Pakngah Panjat Pejabat Pegawai
Perikanan. Pakngah Pun Pedap. Penyudahnya Pakngah Pinjam Paklong .

Pinjam Paklong Pun Paedahnya Pat Persen. Pat
Persen Pun, Pat Persenlah. Puyuh Punya Pasal,
Pedulilah. Projek Pelihara Puyuh Perlukan
Pondok. Pakngah Pun Perbaiki Pondok
Pakngah. Pakngah Paku Papan ... Pung Pang
Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang ..... Pengetuk Paku Pulak Patah Patah.

Pedulikan
Pasal Pengetuk Paku Patah. Pikir Pulak Pasal
Perkara-Perkara Penting. Pasal Pimpinan PM,
Pasal Pilihanraya, Pasal Pembangunan, Pasal
Perpaduan, Pasal Pendidikan, Pasal
Perundangan, Pasal Perjalanan Parlimen, Pasal Perairan, Pasal Palestin, Pasal Peluang
Perniagaan Pabila Puasa ...
Pup .... Pelita Padam !
Pakngah pun pengsan...

Sunday, 14 July 2013

Jangan sedih

Kita bangun setiap pagi, dengan harapan hari itu akan menjadi lebih baik dari semalam. Tetapi kemudia Allah menguji lagi. Kita pun kecewa dan harapan kita seolah-olah sudah hilang.. JANGAN BERSEDIH..

 Selagi kita masih bernafas hari itu,selagi itulah masih ada harapan,ruang dan peluang untuk membetulkan keadaan. Yang penting jangan sesekali putus asa dengan kasih sayang dan rahmat Allah.